Pages

Translate

Search This Blog

08 June 2020

My 1st gold bar in 2020 ~ sekeciput je

Korang semua dah ada gold? Emas?? Alhamdulillah..πŸ’

Aku baru nak kumpul semula kot huhu. Dek kenangan lama dengan gold tu agak ngeri.. πŸ’”lama dok tersimpan elok niatnye...

21 May hari tu ntah macam mana la bley terrrr tanya dalam group Semsas. Nasib baik ada sepupu kawan jadi dealer πŸ’Έ HUHUHU apasal la kan adehhh πŸ˜†

Jadi, selamat sudah rm260 lebuh ntuk 1g πŸ˜‹.Buka akaun GAP dulu lani (actually rm100 just enough to start! JOM!!Niat beli untuk menabung je...😌

Dan rupanya lepas beli 1g emas terus dapat jadi ahli tak yah yuran member pon. lepas Username dapat via email then bley log in sendiri kat bawah. Ya ALlah memang sakan la hehe


 Rasa macam shopping online je. Tapi tahan2 nafsu tu. Bajet lebih this year sebab exam Part 2postpone je ok!Tu belom lagi tengok PG Aurora dia..cantikk!!!erm qalesya tak boleh tu tengok ni hoho

Yang GAP ni..erm Ok dah cukup up rasanya for this year. Kalau harga emas turun baru shopping balik hehe

Danbila beli GAP ni, takyah risau nak simpan sendiri emas tu kat rumah. Tak payah risau salah letak jugak-->hilang kott 😭😭😭 tang masa Houseman dulu tu huhuhu sedey2



My next 2nd purchase- 😱atas alasan raya ni kena la beli

Tapi sebab covid tak digalakkan beri duit; mama bagi duit raya kad LBMA ni je (dah besar korang dapat la hehe)

Kad LBMA ni 1 set dapat 2.

Anak 3 jadi mama terpaksa beli 2 set kan. 😈 Ada niat  nak beli lebih ni..alahaiiii

Bila ibu dah rambang mata..naseb siket jeni beli 😜😜😜
 


Ni pulak hasil tuaian shopping online ke 3. Saje nak beli emas fizikal terus, test Public Gold punya system senang ke tak tapi memang πŸ™†

Gold Bar Bunga Mas 10g. Alhamdulillah baru je collect last week Friday kat branch Ipoh.Next aim nak cari Tai Fook gold bar pulak, Its a dragon gold bar ok!! 

Semalam anak2 dah tanya mana duit raya 😎 pre order anakku. On e way ya. Ni kira duit raya haji sekali heheheπŸ’•πŸ’–

Lepas beli 1st gold 3minggu lepas tu, price memang turun naik. Max rm262/g palig rendah rm252/gram. Alahai mama tak boleh kan tengok harga turun. Jadi tershopping lagi la..InsyaAllah dapat up terus ke priority dealer nanti..amin 😊

12 May 2020

Part 1 Conjoint MAFP/FRACGP Examination 2020




Alhamdulillah..after a long long waiting period now it has been released by Academy!

Exam date 22-23/2/2020.
Result date 30/4/2020.

Siapa tak palpitation kan? Siap da habes korean drama lagi..Sambil dok layan COVID-19/MCO haha busyyy and stress ok!

Actually My Part 1 exam didn't go well last year (2019). Only 2/10 in my big study group managed to pass this exam. Few of us need a little bit pushing of < 0.5 marks but still - its a PASS or FAIL result that matter :c

So this year we really work smarter perhaps! Alhamdullah that I managed to go for the next stage.

Perhaps after this COVID-19 thingy settling then they will announce the date for our next Part 2 exam..huhuhu so ANXIOUS and takottt. Really want to start study and practice for Part2 early!!

List of successful candidates for Part 1 2020


25 March 2016

Chest Freezer Second Hand untuk dijual

Siapa berminat membeli second hand Chest Freezer? Boleh hubungi saya, price RM460 nego

Freezer ni saya baru beli Christmas 2015 hari tu, nak letgo sebab dah full dengan EBM.


Nak up grade yang besar sedikit. Plan Hisence 230Liter hehe

** freezer ni memang saya cuma simpan susu Adam sahaja. Ayam ikan seafood lain bagai memang TIDAK pernah disimpan di sini ( ",)


Elba Chest Freezer EF1181
Gross capasity: 130L
Net capasity: 100L
Saiz: 558mm width x 485mm depth x 837mm height
Net weight: 28kg
Performance: Freezer compartment temperature: -18degree
Warranty adalagi ya, berminat pm


Product details of ElbaEF1181
(tq lazada c:)

Are you looking for a freeze that operates at a lower temperature so that it can store food much longer? Elba is the only solution for your search! The Elba chest freezer has a 130L gross capacity and runs with an input power up to 100W. The elegant and exquisite design makes it perfect to give the perfection look to your house. With deep cooling and quick freezing your food will sure be safe and store for a longer period of time. This low energy consumption Elba Chest Freezer has a space saving interior whichmeans you can store as many as possible food! Grab now and eat up!

About Elba
Elba is a popular home appliance brand in Malaysia reigning under the company Fiamma Holdings Berhad (Fiamma). Despite its humble beginnings and small workforce, the company was big on ideas and growth plans. Within a short time, Fiamma expanded its activities to Kuala Lumpur, where its head office is based today. It gradually established branches, service centres and an extensive network of dealers throughout Peninsular and East Malaysia. Today, Fiamma represents some of the world's major names in electrical appliances, sanitaryware, kitchen cabinets, bathroom fittings and healthcare products.



cara meyimpan susu EBM : di sini


22 March 2016

BabyGear & babyWearing

Baby wearing: Perbuatan menggendong anak atau bayi dengan alat gendong

Baby wearer: Ibu atau ayah atau merujuk kepada sesiapa sahaja yang menggunakan alat gendong bagi tujuan di atas

Baby gear: Alat gendong bayi atau anak, terdapat banyak jenis dan pilihan bergantung kepada usia bayi dan keselesaan si baby wearers c:

Ergonomic carrier: Ergonomic carrier adalah lebih mesra, selamat dan selesa. Ini penting kerana struktur tulang bayi yang masih lembut dan boleh dikaitkan dengan masalah tulang punggung.

Saya dah lama teringin nak mencuba baby wearing ni.

Alhamdulillah, Masa mengandung baby Adam kebetulan ada patient yang bawa anak menggunakan ssc dan ring sling (rs)ke mch

Anyway, Tq dear Vee Maiziyatul because you are really my pioneer for these baby wearing thingy!! LOVE it so much!! c;


Nak cuba baby wearing memang pening la awal2 tu. Nasib baik ada simplified Image tentang carrier ini.

Ini pula suggested Ergonomic baby carrier by age:


Ok. Dah ada idea sikit2 kan?

Sebelum beli mana2 carrier yang berkenan, jangan segan2 tambah ilmu.

Pilih carrier yang selesa untuk pemakai dan paling penting selamat untuk bayi. Banyak membaca, tak faham bertanya dan tersilap terima hehe "Baik cikgu!" c:

--> Belajar dari cikgu @ carrier educator yang sangat2 rajin membantu. Tak rugi belajar! Sangat berbaloi!!

Reason??Kenapa saya suka dan anda perlukan carrier baby:

1. Mudah, Senang nak dukung anak bawa ke mana2, terus lekap kat badan je. Alhamdulillah, memang nampak Adam selesa, menangis pun sekejap je sebab nak tidur, kebanyakan masa memang terus tidur lena ja hehe

2. Rasa selamat sebab baby sentiasa di peluk. Nak respond kepada baby pun cepat

3. Praktikal & Tak makan space; tak perlu berhimpit nak masuk lift atau laluan yang ruang terhad. Space bonet civic pon kosong, bleh shopping lebih sket hohoho

4.Boleh buat cover masa menyusukan baby (saya pakai rs)

5. Ini pula untuk saya je kot--> CANTIK!!! Rasa macam nak shopping kain baju pula haha nasib baik godaan tu masih berjaya di kawal hehe


**Sebelum baby Adam lahir, daddy memang plan nak beli stroller baru, 2 in sekali dengan car seat. Sampai la bila saya mula gunakan ring sling, memang terus terkubur hajat ber stroller tu (" ,)

Wrap conversion Ring Sling (wcrs)

Ring sling pertama, from Daiesu.Beli online je hehe sangat supportive, sedikit tebal tapi lembut haha pelik sikit ayat ni kan.


Tapi memang betul2 comfortable, baby adam sendiri lena je duduk dalam tu. Hampir 2jam berjalan di Melaka masa tu, Alhamdulillah Adam ok.

Berpeluh? Haha tak perasan pon sampai lah sampai bilik hotel. Terbukti kan, sangat2 selesa c:

p/s: Ni kene upkan lagi baby tu..lama2 jalan meleret bawah pula haha posisi bayi ideal selain M shape kaki dan buttock dia, ialah kita boleh kiss dahi baby c:

Mesh Ring Sling
SUKKIRi mesh ring sling special edition SG50.

Niat asal sebab nak bawa baby join masuk kolam renang dengan abang dan kakak hehe

Cuma sejak akhir2 ni musim panas, memang berjalan dengan mesh rs ni jela.Berangin ja hehe

Wrap

Wrap biasanya adalah satu helai kain panjang 4-5 meter.

Nak pakai memang kena berseni belit2 sikit.

Mungkin ada yang rasa leceh sikit tapi pada saya, memang lebih selesa bawa baby dalam wrap berbanding ring sling hehe

Kebetulan pula masa cuti bersalin tu dah cuba wrap di kedai baby Asadel, tu yang lagi jatuh cinta pada baby wearing ni c:

Cuma tak sampai hati je lagi nak beli, semua kain wrap pun cantik2..esp Lenny Lamb!! hoho

Jenis wrap: Stretchy & Sturdy (eg woven wrap)

Soft Structured Carrier (SSC):

Posisi yang selesa dan selamat untuk struktur kaki bayi iaitu tulang peha ke arah depan.

Design ssc memastikan yang berat bayi ditampung sepenuhnya oleh kaki jadi tidak membuatkan badan dan pinggang kita rasa sakit.

Cuma,kena pastikan beli ssc yang original/asli, paling penting untuk faktor keselamatan!

SSC Vs Crotch Carrier

- Crotch carrier ni membuatkan tulang kaki tergantung dan ia kurang baik untuk peredaran darah di bahagian kaki terutamanya untuk jangkamasa yang lama.Ia juga mengagihkan berat baby ke bahu dan pinggang kita-->antara punca sakit belakang

Mei Tai
Mei Tai ni hampir sama dengan SSC tapi kebanyakannya tak ada buckle dan cara ikat shoulder & waist strap tu lain caranya.

Hampir sama juga dengan wrap tapi tak perlu lah belit2 kain panjang 4-5 meter tu hehe apakah ayatku ini...

p/s:Sedih sebab tak dapat nak try Mei Tai masa gathering hari tu.

Maybe lepas ni boleh ke kedai babyWearing lagi cuba kot(" ,)


Kawan2 baru masa Perak State BabyWearing Gathering @ Ipoh Jan 2016. Tq Grace & Sheila.

Dapat jumpa kawan2baru juga tapi tak berapa sempat nak berkenalan.Hai2 macamtu ja hehe

Banyak info lagi, in fact I am still learning..jom belajar sama di sini, jom c:

17 February 2016

Teknik Simpan & Susun EBM- Chest Freezer FULLl!! (^_^)


Alhamdulillah,bak orang kata "rezeki baby" c:

Memang masa mengandung sudah plan nak susu penuh sampai 2tahun, semangat lebih sikit berbanding kakak dulu sampai setahun sahaja. Qalesya dulu pun memang kecik berat line kuning kemudian line merah. Apalagi, umur 10bulan mula mix breast milk + pedisure formula..kosnya memang lah huhu


Pending nak tukar ke chest freezer. Chest freezer ni beli dalam December 2015 di Senheng RM699. Nasib baik juga boleh guna point credit card dapat juga jimat rm200 plus hehe lagipun selalu juga ke sen heng untuk beli barangan elektrik (setelah usha 3-4tempat lain juga la (",)


Elba Chest Freezer EF1181
Gross capasity: 130L
Net capasity: 100L
Saiz: 558mm width x 485mm depth x 837mm height
Net weight: 28kg
Performance: Freezer compartment temperature: -18degree


Cara simpan susu sebenarnya ada banyak cara, terpulang masing2 nak guna :
1. botol kaca/botol plastik (BPA free)
2. platik pre-sterilized for ebm

** Plastik aiskrim?huhu kalau boleh elakkan lah erkk dan kalau terpaksa guna juga tunggu anak lebih 6bulan

Saya lebih suka guna botol berbanding plastik. lebih mudah dijaga dan boleh diguna semula. Nak transfer ke botol susu pun mudah kan..senang sikit kerja pengasuh di taska Adam hehe plus botol lani cantik2 LOL!!!

Cantikkan..warna warni lagi..ni dok penuhkan peti ais opah masa tumpang seminggu hari tu hehe

Sekarang saya guna plastik pula sebab dah hampir 100 botol Adam huhu yang baru beli tu..Survey2 pula dapat yang murah di OneBabyWorld (TwinPack Autumnz Milk Storage =RM65.89 )apa lagi..tak ada kerja kan masa berpantang..dengan baby je pon hehe

Untuk botol saya simpan dalam 5oz. kene ada space sedikit sebab susu akan mengembang lepas dibekukan. Untuk plastik pula saya simpan 3-4oz cukup untuk sekali minum, buang udara dia dan seal dengan double zip lock. Nak bekukan plastik tu pula baringkan biar leper je,jimat space (cuba compare picture 4 dengan picture 1 atas tu hihi)

Lepas masuk botol/plastik ebm sila labelkan terus Date/Masa/Nama baby. Kalau tak sempat pastikan label hari yang sama juga supaya tak terlupa! hoho saya biasanya siap warning orang rumah jangan alih susunan ebm dlm fridge tu ( ",)

Susu pam hari ni saya akan biarkan di dalam fridge bawah sehingga esok petang. Lepas kerja jam 6 esoknya baru saya transfer ke freezer bahagian atas dan gantikan dengan susu yang dipam di klinik C;

Malam pula sebelum tidur saya akan rendam 2botol ebm dalam air dan letak di tempat chiller untuk digunakan di taska Adam esok.Dan semasa Adam menyusu direct (lepas kerja), saya teruskan dengan Tandem Pumping (dengan Manual Medela je sudah) untuk stok susu Fresh (extra) ke taska c:

Pam semasa bekerja?Alhamdulillah dapat lah 3sesi. Ini pun nasib baik ada Freemie & Spectra 9plus, boleh lah pam sambil tengok patient huhu so tak perlu take off bagai. Waktu saya pam jam 10pagi, 1petang dan 5 petang c:

Untuk chest freezer pula saya packing 10-20 botol dalam 1 plastik dan label no besar (1-10ect) kemudian first in first out !!(FIFO)

Jangka Hayat susu:

Selepas pam (fresh ebm) : 3-4 jam
Dalam fridge/chiller peti ais: 3-4 hari
Freezer (peti ais 2 pintu): 3bulan
Deep freezer : 6-9 bulan
Selepas frozen ebm dicairkan:24 jam
Selepas susu dipanaskan: 2jam
(kalau baby dah mula minum, saya akan habiskan dalam 1jam)

Senang kan nak ingat hehe ok..lani apapun chest freezer dan freezer peti ais kat dapur tu dua2 dah full..Kene susun semula..Last option tumpang rumah mak semula la hehe


Baby Adam senyum je..Peti ais opah tm & t.i semua ada 2..muat je Adam kata hihi macam abang Hazim kata:"sayang Baby Adam"





24 January 2016

Anugerah ketiga buat Tersayang c: Baby Adam



Lama sangat dah rasanya..Post pending yang masih dalam draf pun lebih 10! hehe

7/10/2015 @ 1.23pm


Baby Adam @ Muhammad Adam Aryan bin Azlan

Welcome to our family my dear. Bersalin di Hospital Pantai Ipoh. Alhamdulillah, Datin Mimin memang banyak bersabar layan ibu masa bersalin. Husband apatah lagi hehe

Jadi, pengalaman bersalin mana best? Semua ok juga, hospital kerajaan dan swasta..Yang penting kene banyak berdoa dipermudahkan urusan kan, Amin c:

Abang @ Hospital Sungai Buloh:

Masa ni tengah HO di sana, buat last posting emergency dept. Memang best sebab husband dapat tunggu di bilik bersalin dari awal bila os dah buka. Tak best sebab kene induce dengan Prostin. Sakit!! haha.

Birth weight Hazim: 2.9kg @ 38w POA.SVD


Kakak @ Hospital Columbia Taiping:


dengan dr Jeya, lembut je orangnye. Sanggup gerak dari Jawi Penang ke Taiping untuk deliver sana.

Masa tu tengah tidur di ruang tamu lepas solat terawih di masjid. SROM jam 12am. Cepat2 suruh husband tidur dulu jadi boleh lah kemas barang dan membasuh dulu hehe 2.30am gerak ke Taiping dan 5.30 am Qalesya lahir.

Cuma kesiannya daddy punya nasi bersahur dah basi,beli di rnr semasa perjalanan ke hospital huhu

Birth Weight Qalesya: 2.9kg @ 38w 3days POA. SVD

Adam @ Hospital Pantai Ipoh:

Plan untuk IOL at term tapi 1hari sebelum dah lahir. Adam tak mau kena induce macam abang katanya, kesian kat mama hehe. Kali ni keluar show (blood + mucus) dahulu jam 7pm. Berehat dulu esok pagi jam 8am ke MCH Pinji minta sister MA periksa. VE os dah bukak 4-5cm. Ops tak jadi ke bank hehe trus ke LR Pantai hehe

Birth Weight Adam: 3.7kg @ 39w 6days POA. Assisted delivery vacuum (0_0)


Hazim semaasa berpantang di Ipoh. Semua daddy buatkan dari memasak, panaskan tungku, kemas rumah hehe mandikan baby Adam je berdua (",)

Kebetulan masa tu Abang hazim dan kakak Qalesya pula kena chicken pox di kampung. Sebulan lebih baru jumpa..rindu!!! hehe

Tentang makanan berpantang, husband memang pandai memasak. Ikan haruan masak kicap, ikan & ayam bakar, Sup sawi & karot, ikan bilis sangai..bla bla bla hehehe

Semasa majlis Aqiqah Baby Adam di kampung c:

Ok.Nak sambung assignment derm pula. Done my 2nd Power Pumping as well! Alhamdulillah c:

24 June 2014

Tart Nenas Bunga versi Mama Hazim


Resepi tart nenas Kak Gee ( blogger kelantan) dalam majalah saji June 2014:

1. 250gm mentega
2. 80gm gula kastor
3. esen vanilla
4. 1 biji kuning telur
5. 300gm tepung gandum ( saya guna red rose balance Biskut Nestum Ben 10 hari tu)
6. 80gm tepung jagung
7. sedikit warna kuning- saya tambah
8. Jem Nenas - buat sendiri boleh beli pun no prob (" ,)

Yang ini pula optional, kalau nak buat bentuk bunga sediakan:

9. sedikit pewarna hijau
10. penerap bunga dan bintang

* selain bentuk bunga, boleh buat bentuk tart gulung atau buah strawberi, comel juga kan hehe

Cara2 Nya

- Pukul mentega dan gula

- Masukkan esen vanilla dan kuning telur

- Masukkan tepung dan gaul sebati hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan

- kalau doh keras dan patah susah nak buat bentuk bunga. jadi, tambah kan sedikit minyak sapi

- terap ikut bentuk tart yang diingini dan bakar oven suhu 170 degree selama 20minit

* ini ikut oven masing2 ya, oven saya tu boleh guna up smp 160 degree je kalau tak kompom hangus hehe

Ok. macam mana buat bentuk bunga?

Ha tq kepada azlitamasammanis, kalau nak lebih detail di blog azlita ni memang ada betul2 step by step cara buat bunga.

Memang sangat mudah difahami. No 1. siapa tak faham lagi memang nak kena la tu he


Ini alatan wajib yang ada. Pastikan penerap anda tu comel2 je supaya bunga tu cun je nantinya.

untuk buat daun, cuba cari penerap yang mempunyai 6 kelopak terus lebih mudah, jadi boleh terapan boleh terus dipotong dua bagi menghasilkan 2 kuntum bunga.


Untuk memudahkan kerja, bulatkan inti / jem nenas tu. saya bujurkan sedikit di satu bahagian supaya senang nak balut separuh dengan doh.


SIapkan bunga dulu, kemudian simpan sikit doh dan letakkan pewarna hijau.

Terap dengan bentuk acuan tajam 6 atau 5 bintang pun ok, kemudian adjust la supaya boleh dijadikan daun

Haha ok siap untuk dibakar. Lapik loyang bakar dengan racing paper atau griskan dengan butter pun boleh. Tak nak bagi lekat je


Orait. Selamat mencuba.

Ini tart nenas versi gergasi, sebab ada sorang tu tido awal pula, kata nak teman mama sambil tengok bola hehe c:

Yang pasti, resepi ni memang saya suka. Tak berapa gebu,tapi ada macam rangup2 sikit. Ops saya memang bukan peminat tart gebu yang cair di mulut tu, susah nak menyimpannya hehe






Nak Kulit Cantik Percuma!!

Kembali bernafas. Tak terlepas satu hari. Apapun ALhamdulillah, baru lepas restock lagi vitamin E ni

Untuk yang belum mendapat berita atau pernah2 dengar tu, ini nak refresh balik c:

promosi Shaklee bulan June 2014



Percuma ke? Jom BACA DULU c:

Apa yang lebih Untung dengan belian Vitamin E ini?

1. Anda layak mendapat keahlian Shaklee Seumur Hidup
- bernilai RM75 semenanjung
- bernila RM85 Sabah/Sarawak

2. Percuma 1 botol extra vitamin E bernilai RM145

3. Peluang untuk memulakan bisnes sendiri, dengan sokongan penuh daripada Master2 Shaklee group


KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN E:

1. mencantikkan kulit

Vitamin E boleh melambatkan proses penuaan

Selain membantu mengurangkan parut dan tanda regang apabila diamalkan konsisten, ia juga boleh dijdikan masker

Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Jangka panjang, nampak muda c:

2. Cegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium bagi kesan yang optimum.

Ia menghalang radikal bebas dan seterusnya memastikan hanya pembentukan sel yang sihat berlaku

3. Meningkatkan kesuburan

antara rahsia antioksidan yang hebat bagi menghasilkan sperma yang berkualiti dan sihat

4. Pengaliran darah dengan lebih lancar

Sebab itu digunakan bagi ibu2 menyusu yang mengalami sumbat susu (clogged duct)

Malah ia dapat mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan

5. Mempercepat proses baik luka

Pada kulit atau tisu badan yang cedera atau rosak. Contoh paling mudah adalah racked nipple ibu menyusu

6. mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

Selain GLA complex dan vitamin B + folic acid, vitamin E turut membantu wanita yang mengalami simtom PMS yang teruk


Berminat untuk mencuba?Hubungi:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim)

♥ Atau mana2 pengedar terdekat anda di senarai ID sebelah c:

13 June 2014

Jem Nenas untuk Tart Bunga

Cooking is the best medicine!

siapa tahu resepi jem nenas tahan lama boleh share?


Haha baru je siap pagi ni. Tak sampai 10minit angkat dari kuali ( " ,)

Pagi ni alhamdulillah dapat bangun awal. Jam 5 tu..

Dapat lah buat solat tahajud dan solat hajat sekali untuk anak2 dan family, moga2 dirahmati dan lebih murah rezeki: amin

Lepas tu teringat pula nenas dalam fridge. Memang dah siap kupas kulit dan buang mata semalam tapi tak sempat nak masak je

ops ini 1st resepi tak tahulah tahan lama ke tak c:

1. Nenas masak diparut ( ada orang cakap blend pun boleh haha senang kan)
2. Gula pasir
3. sikit pewarna kuning
4. sedikit jus lemon


ini rupa nenas masak. kuning ya bukan putih hehe

untuk siapa yg malas nak buang mata nenas tu pula boleh kupas je tebal sikit tapi erm membazirkan tak baik tu hehe


Basuh tangan bersih2 dan keringkan. lepas tu parut nenas. empulur buang

tak apa sebab, ada yang kata jangan blend mesti parut pula erm mungkin tak nak bagi jem tu halus hancur kot

lagipun memang sedap pun kan makan jem nenas yang ada macam tali2 sabut sikit2 tu c;


masak dengan api perlahan sampai air nenas tu kering.

mesti selalu kacau kalau tak hangit nanti tak best tart nenas tu jadinya


Bila dah hampir kering, masukkan gula pasir dan sekit perahan lemon + pewarna kuning.

kacau sampai likat.

erk rasa geram sangat macam nak tambah je garam sikit tadi haha agak2 boleh kot? tapi saya tak letak ler ( ",)

erm untuk gula tu, lepas parut toskan air nenas tu dalam kuali dan masukkan nenas parut je dalam cawan untuk dibuat sukatan.

nak timbang pun boleh. lepas tu sukatan gula adalah separuh daripada nenas parut tu c:

orait. time to prepare for work!

tapi sebelum terlupa kena siapkan alfalfa shaklee dan esp juga ni dalam kereta. Kawan nak buat milk booster, anak dah 2 tahun- chayok2 c;

p/s: harap2 en hubby boleh ke kedai bake with yen hari ni.

boleh lah buat tart nenas bunga macam di azlitamasam manis tu. cantik! c;

09 June 2014

Biskut Nestum Rangup Ben 10

Semangat buat kuih raya 2014 dah datang.

Ntah lah, ada sesuatu yang rasa tak best sejak balik tca kat penang hari tu, jadi bila dapat buat kuih/biskut ni rasa puas hati sangat2. ala2 lepas tension gitu hehe

untuk kali ni, biskut nestum coklat cip Ben 10 , resepi daripada majalah saji jun 2014


Memang tidak menghampakan. Crispy dan sweet dia cukup2 je.

Jom tengok resepi saji ni, dapat dalam 125 biji biskut ben 10 tu


250gm mentega
3/4 cawan gula perang kisar halus ( saya guna gula kastor je)
2 biji telur kuning
1 sudu esen vanilla
2 cawan nestum
3 cawan tepung red rose
1/2 sudu penaik
3/4 cawan coklat cip
coklat masakan
pewarna hijau


Cara- cara nya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla

3. Masukkan nestum, tepung red rose dan gaul sebati


4. Masukkan coklat cip dan gaulkan hingga jadi adunan biskut sebati

*dia bukan jadi macam doh biskut yang boleh terap2 tu ye, yang ni memang lerai c;


5. siap doh, boleh panaskan oven biskut dulu

6. sekarang dalam posisi yang selesa, anda boleh mulakan sesi mengepal biskut nestum
( " ,)

7. siap kepal2 dan bulatkan adunan, boleh bakar dalam oven ( api atas bawah) 160-180 degree 15-20 minit ( ikut oven masing2)


8. lepas bakar, biarkan biskut diam atas redai supaya sejuk sebelum masukkan dalam cawan kertas

9. Dengan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan putih dan letak atas biskut


10. simpan sedikit/ ambil balance coklat putih cair tadi dan letak pewarna hijau

11. guna piping bag, buat corak bulatan yang macam dalam kartun ben 10 tu c;


* yang arrow atas tu, adalah 2 cup yang terrr curah coklat cair hijau hehe itu sebab beg piping tu meletops, accident hihi

sebenarnya kalau makan biskut dia sahaja mungkin kamu semua ingat biskut ni untuk pesakit diabetic hehe sebab tu kena makan dengan white coklat tu sekali c:

tapi resepi ni memang best. saya mula sukat barang buat aduanan sampailah siap bakar ambil masa 2jam setengah je c;

next time off petang nak buat cookies tart bunga pula!!






09 May 2014

Kek Lapis Horlicks Haw Flakes

entry on 4/5/2014 c:

Kek Lapis Horliks Haw Flakes

ni baru je selamat dihabiskan oleh staf2 MCH kelmarin.


Diorang ni memang senior2 kat dapur. Saje nak minta diorang komen, boleh top up apa yang perlu

Tambahan pula, hari tu saya ada war2 kan tentang kelas memasak di Fatihah Cake House tu. Memang dah jatuh cinta lepas kelas kedua untuk Kek Lapis Gulung tu c:

(Kelas pertama saya di sana adalah untuk Pavlova, Puding Caramel Pelangi dan Congo Bar yang memang superb!! c;)

Jadi, lepas balik kelas baking hari tu, saya buat kek lapis nescafe gulung ( tak post pon masih diperingkat edit lagi hehe)

Dan kebetulan 2minggu lepas kenduri aqiqah anak kembar suami di Teluk Intan, tu terlebih semangat buat kek lapis Haw Flakes pula


Cantik yang mana? Yang berwarna warni tu bakar dalam oven, yang putih merah tu saya kukus haha kenapa samapai 2 ek?

Hehe sebab saya dah malas nak tunggu kek tu masak 1 layer by layer, jadi suku bancuhan tu saya masuk pengukus je jam 1 pagi.

Siap masak semua jam 4 pagi baru tidur! hehe

Resepi kek lapis Horlicks Haw Flakes

10bj telur
130gm gula halus
450gm mentega
1sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis (sy guna 3/4 tin)
50gm jem rasberi (sy alter ke blueberry)
250gm tepung Hong Kong (swab ke tepung superfine Nona)
100gm horlick
Haw Flakes secukupnya

* resepi asal di blog rozzan ye


step 1: Pukul kembang gula halus, mentega dan ovalette


Step 2: Masukkan satu per satu telur ayam ke dalam mixer


Step 3:Dengan kelajuan rendah, ratakan susu pekat manis bersama jem rasberi/ blueberry tadi.

Ada juga yang menggunakan seri kaya, hehe next time saya cuba c:


Step 4: Masukkan horlicks dan tepung dalam adunan.

hehe saya guna 5 paket serbuk horlicks segera 3in1 tu je. sebab kalau nak beli horlicks even paket kecil tu pun kompom tak habis ( " ,)

Step 5: Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, kuning dan hijau.

Step 6: Alas loyang 4 segi dengan tracing paper dan boleh bakar lapisan pertama


* sapu dengan loyang dengan minyak masak, letak paper dan sapukan minyak sekali lagi atas paper kek


Step 7: Lapisan pertama, letakkan bancuhan warna merah 1 senduk ( @ 8 sudu makan) dan bakar sampai masak (api oven atas sahaja)


cuba pastikan setiap kali bancuhan dituang, kuantiti adalah sama (guna dacing kalau nak selamat, yang saya ni dalam 125ml setiap lapis), supaya lapisan kek anda sama tinggi

sebab, dah alang2 melapis dan membakar tu, baik buat cantik2 terus hehe


Step 8: Siap dibakar lapisan pertama, keluarkan dari oven dan terus lapiskan dengan bancuhan warna kuning diikuti haw flakes

* sebelum melapis yang baru, pastikan tiada gelembung udara ya

*jika ada, cucuk dengan lidi kecil ( saya pakai hujung pisau je hehe) dan tekankan sikit ke bawah untuk buang udara yang terperangkap tu

* kalau nak manis lagi, letak je haw flakes tu rapat2. Tapi kalau haw flakes nye cukup2 makan je, boleh lah tambah kuantiti susu atau gula tu ikut cita rasa c;


Step 9: Lapisan seterusnya selepas kuning adalah warna hijau


Step 10: Diikuti warna merah dan rotate semula bancuhan ikut warna2 tadi



Step 11: Untuk lapisan merah terakhir, taburkan potongan ceri kecil. Bakar api oven atas bawah.


* suku bancuhan saya kukus sebab dah mengantuk sangat nak bakar, step dia sama je cuma saya warnakan 1lapisan je dengan warna merah + tabur orange peel untuk lapisan paling atas


Step 12: Ini proses masa nak terbalikkan kek lapis, nak buang paper atas tu c:. Terbalikan semula dan potong= nyum3 c:

* Hati2 ok..kalau rasa macam melekit semacam je tu tanda kurang masak, no worry masuk je balik dalam oven /pengukus korang tu

* kalau nak simpan, boleh simpan dalam peti sejuk beku tu ( wrap dulu).

* bak kata tokey kek haro tu, tahan 1-bulan. jadi boleh la anda semua buat standby siap2 sebelum puasa nanti untuk kek lapis raya c;

Opss!! nak tayang lagi sekali sat hehehe


Haaa..Dah siap mesti lah tayang kat mak mertua kan. Beliau memang terror masak, so saja nak komen dia.

Erk!! dia suruh kurangkan manis pula haha saya baru plan nak tambah lagi haw flakes/gula next time hehe (orang ada diabetes, biasalah c:)

Orang2 lain pula Alhamdulillah, semua bagi komen positif! Siap ada nak tempah raya lagi haha tak larat ler haha

Bagi orang yang pening nak buat kek lapis bakar ke kukus, korang buat je dua2 serentak,pakai bancuhan yang sama- Rasanya berbeza: ikut selera masing2 c:

p/s: Kukus sebenarnya lebih menjimatkan masa, maintain jaga air jangan kering sudah hehe dan rasanya lebih 'moist' berbanding bakar! Tapi saya suka kek lapis Horlicks Haw Flakes BAKAR lagi!

Ini anda semua wajib cuba ok. Tak menyesal sebab memang sedap! c: